99 Langkah menuju kesempurnaan Islam
December 25th, 2006 by jay-phah
(Thanx for Anep for diz tazkirah) |
||
(Thanx for Anep for diz tazkirah) |
||
| Hairan tul………. | |
| Message: | Hairan ya.. Betapa mudahnya orang mengabaikan ALLAH.. Dan mereka hairan bagaimana dunia menjadi hancur… Mengapa ya?? Anehnya. bagaimana setiap orang ingin masuk syurga yang disediakan, tetapi mereka tidak mempercayai,berfikir,berkata atau mengamalkan apapun yang terkandung di dalam Al-Quran? Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita, serta merta kita datang untuk penuhi panggilannya… Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.. Aneh ya, bagaimana orang begitu ramai pada setiap hari jumaat mengingati ALLAH…tetapi jadi muslim yang tak terlihat di sisa minggunya… |
Solat Berjemaah Latih Khusyuk
BERSOLAT di belakang imam, iaitu secara berjemaah antara cara untuk kita melatih diri supaya khusyuk dalam mengerjakan ibadat paling utama itu.
Melalui cara berjemaah, ia dapat menimbulkan rasa khusyuk pada setiap rukun. Khusyuk dalam solat adalah antara perkara yang pertama diangkat daripada umat Nabi Muhammad.
Kita hendaklah merebut peluang waktu dan solat lain, selain solat fardu iaitu dengan mengerjakan segala solat sunat dan nawafil.
Menunaikan solat sunat dan nawafil adalah kesempatan berharga dan peluang yang sentiasa terbuka bagi melatih diri bagaimana untuk khusyuk ketika bersolat.
Dalam mendirikan solat sunat dan nawafil, hendaklah kita melatih diri dengan mengerjakannya disertai amalan memanjangkan bacaan dan berdiri dengan lebih lama.
Ia dilakukan selain pada waktu yang diriwayatkan mengenai ketidakharusan memperpanjangkan bacaan seumpama bacaan dalam solat fajar.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling afdal adalah dengan qunut yang lama." Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya makna qunut yang lama adalah berdiri dengan lama.
Bersegeralah dan memanjangkan rukuk dan sujud serta perbanyakkan doa dalam sujud.
Rasulullah memohon perlindungan dengan Allah daripada ketidakwujudan khusyuk dalam solat di mana Baginda bersabda bermaksud:
“Wahai Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari hati yang tidak khusyuk." (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan An Nisaai).
| Message: |
MENGHORMATI AZAN Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti |
Rahsia Sujud
Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
TIDUR
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa
lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia
tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya
akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat
yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat
yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa
atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk
orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah
yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100
pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati
syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk
masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain
dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat
kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun
mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan
menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan
selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai
orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini
adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah,
sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33
X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu
keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat
jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak
terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan
orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat
2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan
halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun
tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan
ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada
bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih
mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap
terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang
tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur
bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan
Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin
akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan
besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih
Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut
perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita
bersetubuh dulu."
Wallahua’lam.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
(ulama).
Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).
Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka ).
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).
Kata-kata Hikmat
· Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan…..
· Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
· Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita
· ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.
· kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai
..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
· jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
· keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
· sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..
· zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
· lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..
· nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
· jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
· kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan… · manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…
SATU PENERBANGAN…
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.
3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.
5.pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.
6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ‘Lailaillah’.
7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
9.destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
10.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! ’sekiranya’ anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’ Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???